LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH ...
Mampukah aku manjadi seperti Khadijah,
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah.
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
penawar hati kekasih Allah
susah dan senang rela bersama...
Dapatkah kudidik jiwa seperti Aishah?
isteri Rasulullah yang bijaksana
pendorong tatkala kesusahan dan penderitaan
tiada sukat untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang..
mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga.....
Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita soleha seperti mereka??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah.harum tersebar
Bagai wangnya pusara Masyitah....
Tiada banyak syarat yang dikenakan oleh islam untuk seorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah SWT..
mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu:
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Taat kepada Allah dan Rasul-Nya...
-mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi sagalanya.
-wajib menutup aurat
-tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
-tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
-sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikandan taqwa
-berbuat baik kepada ibu bapa
-sentiasa bersedekah baik dalam keadaan senang atau susah
-tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
-bersikapbaik terhadap tetangga
Taat kepada suami...
-memelihara kewajipan terhadap suami
-sentiasa menyenangkan suami
-menjaga kehormatan diri
-tidak bermasam muka dihadapan suami
-tidak keluar tanpa izin suami
-tidakmeninggikan suara melebihi suara suami
-tidak membantah suaminya dalam kebenaran
-tidak menerima tamu yang dibenci suami
-sentiasa memelihara diri,kebersihan dan kecantikan serta rumah tangga.
faktor yang merendahkan martabat wanita ...
sebenarnya puncak rendahnya martabat seorang wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digempar-gempurkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah :
~ lupa mengingati Allah SWT.
Saat ini pada hakikatnya merrupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, dimana syaitan akan menghasut hawa nafsu agar memainkan peranannya.
firman Allah SWT di dalam surah Al-Jathiah, ayat 23 ertinya:
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya".
sabda Rasulullah SAW ertinya:
"tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan."( riwayat Tarmizi )
Mengingati Allah SWT bukan sahaja dengan berzikir , tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
~mudah tertipu dengan perhiasan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita keperangkapnya
Firman Allah SWT didalam surah al-An'am, ertinya:
"Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainandan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang- orang yang bertaqwa,oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
~mudah terpedaya dengan syahwat
~lemah iman
~ bersiakap suka menunjuk-nunjuk
*Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah*
ana Wawa^_^
ukhuwa fillah abadan abada..
wasalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.